Wednesday, July 28, 2010

Journal Sofea..

Hari ni Sofea dah umur 7 bulan editdelete
Thursday, May 29, 2008 2:54:46 PM

Rasa sekejap jer dia dah umur 7 bulan.. smlm first time dia ikat rambut... comel sgt.. tapi tak upload lagi pic tu.. coming soon... well... still meniarap.. belum merangkak.. just wait and see..

Hari ni pi KL... editdelete
Saturday, May 31, 2008 12:33:24 PM

Ptg ni gi kl.. harap2 sofea tak meragam.. masa kecik2 dulu.. kalau gi mana2.. tido jer dlm keta.. senang jer nak gi jalan jauh2.. skrang ni dah pandai nak tgk luar.. nak kita pegang dia selalu sbb dia nak berdiri.. kalau duduk jer.. dia tak suka.. anak sorang.. layan jerrrr.... Tongue out

Sepanjang di KL editdelete

Monday, June 02, 2008 11:27:44 AM

On the way gi kl sofea mcm seronok jer dalam keta.. asyik nak tgk luar.. letih gak mama dia.. mlm nak gi danau kota.. tapi dia mcm tau2 jer kitorang nak tinggal dia.. nangis2.. bagi susu tak nak.. puting pun tak nak.. at last bwak jgk dia.. keluar kul 12.30 am sampai kul 4am!! tapi dia tak meragam langsung.. seronok sgt kalau bab gi jalan2 ni.. tak mengantuk.. papa dia beli teddy bear untuk sofea..

Esok tu gi kenduri pulak.. sampai tghri sofea tak bgn2.. terpaksa kejut dia.. sampai umah kenduri dia boleh sambung tidur.. sabar je la.. Tongue out leth sgt la kot.. balik pukul 6pm.. mlm gi lagi umah kenduri tadi.. potong kek.. time ni baru la sedara2 semua boleh main dgn dia.. Opah dia.. sepupu dia.. untie.. uncle..

Hari ni balik tpg.. dah upload pic dia ikat rambut & pic di umah kenduri..

Sejak balik dari KL editdelete
Friday, June 06, 2008 9:58:23 AM

Sofea susah nak tido mlm.. hari2 pukul 4 am baru nak tidur.. tapi nasib baik mama dia tak mengantuk pulak kat ofis.. tido lambat jaga bb sofea.. tapi kalau selalu mcm ni.. what will happen..?? lepas balik dari kl jadual tidur sofea dah tukar.. siang tidur.. malam berjaga.. camno tu?? sudah tukar laaa...

Oh my baby.. Zarith Sofea... editdelete
Thursday, June 12, 2008 12:19:56 PM

Hari ni umur sofea 7 1/2 bulan.. skrg ni dia tak boleh nampak mama dia.. mesti dia nak aku dukung.. kalau aku buat ded jer.. menangis sakan.. actually aku rasa happy.. walaupun aku keje.. waktu siang aku jarang dgn dia.. tapi dia masih nak rapat dgn aku.. maybe sepanjang dia tak tdo mlm tu aku byk sabar layan kerenah dia.. main dgn dia.. jadi dia kenal aku.. spend quality time dgn anak walaupun aku terpaksa korbankan waktu tido aku.. tak dapat bygkan kalau my daughter tak mau main dgn aku.. tak suka aku dukung... alamak.. menyesal pun tak guna.. sedih woooo....

Baby Sofea Selsema... editdelete
Monday, June 16, 2008 9:21:00 AM

Hari ni aku sedih sgt bila bukak website ni.. rasa cam nak nangis.. tapi aku tahan jer airmata aku.. sofea selsema.. susah nak tidur smlm.. aku marah sofea.. aku tak tau la dia mcm nak demam pagi ni.. aku tak pernah marah dia sebelum ni.. maybe aku dah hilang sabar.. aku menyesal sgt2.. baby.. mama minta maaf.. aku tak patut marah dia.. dia tgh sakit aku marah lagi.. what have i done!!!.. AKU JANJI LEPAS NI AKU TAK BUAT LAGIII!!!!!

Sofea selsema lagi.. editdelete
Tuesday, June 17, 2008 11:26:12 AM

Kesian sofea.. smlm selsema lagi.. susah nak tido mlm.. meragam dan merengek jgk.. tapi aku takde nak marah2 mcm semalam.. dah bagi makan ubat.. dan minum jus oren sikit.. untuk vitamin C.. pagi ni dia ceria sikit.. harap2 selsema dia cepat baik.. tak sanggup tgk dia sakit.. cian anak mama..

Sofea jatuh dari buaian!! editdelete
Wednesday, June 18, 2008 2:14:09 PM

Smlm Sofea masih selsema.. malam tu aku bagi dia tidur dalam buaian.. dia memang dah mengantuk sgt.. sekejap jer dah tidur.. aku pun terlelap.. pukul 2.30 pgi.. suami aku jerit.. "bb jatuh!!".. aku terkejut.. tgk2 dia dah atas lantai.. terus angkat dia.. memula jatuh dia diam.. bila aku angkat baru dia nangis.. menggeletar jgk aku.. kesian sofea.. aku check jugak takut ada benjol2.. takde pun.. nasib baik..

selsema nak baik.. batuk pulak.. editdelete
Thursday, June 19, 2008 2:24:17 PM

Kesian sofea.. dah selsema.. batuk pulak.. smlm pun susah nak tidur.. kali ni sofea tidur dgn aku.. rasa serik pulak nak bagi tidur dalam buaian.. aku tepuk2 dia.. at last tidur jgk dalam pukul 2 pagi..

Sofea nak tumbuh gigi?? editdelete
Friday, June 20, 2008 5:56:18 PM

Aku tak sure lagi.. tapi smlm sajer jer aku rasa gusi dia.. mcm ada gigi.. then.. aku nak rasa lagi.. Sofea dah jerit2 tak suka.. aisehh.. geramnyerr..

Sofea dah sihat... editdelete
Saturday, June 21, 2008 1:22:59 PM

Hari ni sofea dah tak selsema... sihat dah.. alhamdullillah...

Sofea dah tidur malam.. leganyaa.. editdelete

Tuesday, June 24, 2008 12:31:57 PM

Smlm sebelum dia tidur aku lap sikit badan dia.. letak bedak.. salin baju baru bagi dia tidur dalam buaian.. selalu tu aku bagi dia tidur terus.. then pagi ni aku sedar2 jer dah pukul 6am.. Sofea tak jaga langsung.. puas aku tidur.. sampai aku gi kejer pun dia tak bgun lagi.. jadual tidur sofea dah kembali normal.. ok la tuu....

My confession editdelete
Wednesday, June 25, 2008 2:52:07 PM

Atas sebab rasa kejujuran.. aku meluahkan sesuatu yang terjadi kepada sofea.. sebenarnya sehari selepas sofea jatuh buaian tu.. esok tu sofea jatuh buaian lagi.. tapi kali ni kepala sofea terkena bucu katil aku.. cuping telinga sofea berdarah dan kepala sofea bercalar... aku tak sanggup rahsiakan hal ni kepada sesiapa yang menyayangi sofea.. (u know who u r..) tetapi dia dah ok skrang.. so for those who know her.. we as a parent want to appologize for what had happen.. and promise that it will not happen again as we will take a good care for her.. we admit that we are a bit careless as a parent.. and the point is dont mad at us.. we trying to be the best as we can to take care of her.. so don't worry.. Embarassed

After 'my confession' editdelete
Friday, June 27, 2008 11:03:32 AM

Lepas aku tulis kat journal tentang my confession... my mum called.. my sis antar msg.. semua tanya tentang keadaan Sofea.. tapi aku rasa lega.. at least aku mengaku aku mmg silap.. and the point here is learn from mistake.. no regret at all.. setiap yang berlaku aku percaya ada hikmah di sebaliknya..

Smlm aku mimpi sofea dah boleh bercakap.. alamak.. cute betul.. masih teringat lagi mimpi tadi.. Wink (ada makna ke.. atau hanya mainan tidur..??)

Sofea dah genap 8 bulan.. editdelete
Monday, June 30, 2008 11:14:03 AM

Pejam.. celik.. pejam.. celik.. dah 8 bulan umur sofea.. dah besar anak mama.. hadiahkan dia rantai kaki silver.. comel bila dia pakai.. pic tak upload lagi.. coming soon...

Sofea dah dapat 'Babywalker' editdelete

Tuesday, July 01, 2008 2:40:48 PM

Sekarang sofea dah 8 bulan.. patut sgt duduk dlm babywalker.. smlm papa dia belikan satu untuk sofea.. warna pink.. 1st time sofea duduk dlm tu.. comelnya.. tak sabar pulak nak tgk dia jalan..

Sofea dah boleh memanjat... editdelete

Wednesday, July 02, 2008 2:47:37 PM

Sofea dah boleh memanjat pulak.. skrang ni kena sekat dgn bantal tinggi2.. kalau letak satu jer dia dah boleh lepas.. menjulur pun dah laju.. letak dalam baby walker.. letak mainan dia.. (kotak tisu kosong) baru dia duduk senyap.. Tongue out

Sofea tak suka babywalker.. editdelete
Friday, July 04, 2008 11:02:24 AM

Mungkin dari kecik tak ajar dia duduk dalam babywalker.. bila nak masukkan dia dalam tu.. kaki dia tolak2 tak nak.. sekejap ok.. lama sikit dah menjerit-jerit suruh dukung dia.. letak kat bawah jer.. dia suka sgt.. aiseh.. layan jerr.... Tongue out

Sofea pecah rekod tidurr... editdelete
Saturday, July 05, 2008 12:30:50 PM

Smlam sofea tidur dari pukul 10 malam sampai pukul 7 pagi.. tak bangun2.. tukar pampers pagi tadi.. dah penuh sgt2.. letih sgt ke sofea.. smlam buat aper yer???

Sofea kena gi check up.. editdelete
Monday, July 07, 2008 11:09:35 AM

Hari ni nak bwk sofea gi check up.. dah tak ingat check up untuk berapa bulan.. a bit late actually.. patutnya gi minggu lepas tapi sbb kitorang bz skit.. tunda ke minggu ni.. Lewat seminggu jer.. "Bonda Sofea.. jgn marah yerkk.." Tongue out Sofea pun dah tak meragam tidur malam mcm dulu since the day dia tidur lama tu.. dia dah ok skrang.. mungkin sbb dia dah besar kot..

Lepas check up.. editdelete
Tuesday, July 08, 2008 11:59:03 AM

Sebenarnya Sofea gi check up untuk 6 bulan.. w'pun skrang dia dah 8 bulan.. tak kena cucuk.. sofea cukup setahun nanti baru ada cucuk.. berat sofea 6.8kg.. nurse kata berat badan tak cukup.. then kena ceramah lebih kurang dgn nurse tu pasal makanan baby.. boring jerr.. balik terus buat bubur nasi.. dgn harapan sofea suka.. at last.. sofea tak suka.. kecewanya.. takpe..takpe.. hari ni try lagi.. nanti 9.9.08 kena check up lagi.. nurse nak tgk berat sofea lagi.. kalau tak naik.. kena lecture lagi.. Cry

Gigi atas sofea dah tumbuh.. editdelete
Wednesday, July 09, 2008 3:33:34 PM

Gigi bawah mmg dah nampak.. skrang gigi atas pulak baru nak tumbuh.. baru nampak sikit.. orang kata kalau gigi tumbuh dulu.. jalan lambat.. tak kisah la.. janji boleh jalan.. lambat sikit pun tak pe.. lagi senang nak tgk.. Wink

Sofea ada biji sawan.. anyone know about this?? editdelete
Thursday, July 10, 2008 3:40:30 PM

Biji sawan pun 1st time aku dgr.. tak berapa tahu sgt.. biji sawan tu ada kat kepala sofea.. kalau tengok mmg tak perasan.. tapi kalau rasa mmg ada benjol sikit.. sofea batuk dan selsema skrang ni.. mungkin sbb panas kot.. punya la seksa nak bagi ubat.. smlm pun dia meragam tak mau tidur.. hadooiii... mengantuknyaaa....

Sofea dah sihat sikit.. alhamdullillah... editdelete
Friday, July 11, 2008 4:06:03 PM

Batuk dan selsema sofea dah kurang.. alhamdullilah.. smlm dia tidur pun tak meragam.. harap2 hari ni dia ok..

Sofea dah sihat... tgh gatal gusi nak tumbuh gigi.. editdelete
Saturday, July 12, 2008 10:09:36 AM

Skrang ni puting tu digigit-gigit sbb sofea tgh gatal gusi.. alhamdullillah sofea dah tak batuk dan selsema pun dah baik.. smlm tidur pukul 2am.. tak larat nak layan dia.. last2 aku tertidur.. sedar2 dia dah jatuh katil.. tapi tak nangis pun.. tak sakit kot.. aku angkat letak atas katil balik.. aku tertidur lagi.. then dia jatuh katil lagi.. tak boleh jadi.. last2 masukkan dia dalam buaian bagi dia tidur..

Sofea baru nak belajar duduk.. editdelete
Thursday, July 17, 2008 5:53:21 PM

Sekarang ni sofea baru nak boleh duduk.. tapi dia tak boleh nak imbangkan lagi badan dia.. kena pegang.. lepas sekejap2 boleh.. lepas lama sikit dah nak jatuh..

My baby Sofea.. editdelete
Tuesday, July 22, 2008 4:07:19 PM
Lagi 5 hari genap sofea dah 9 bulan.. macam2 pengalaman sepanjang sofea hadir dalam hidup aku.. skrang ni sofea ada sawan kat kulit kepala.. aduhh.. dugaan betul.. my mum said itu biasa.. nanti boleh baik.. tapi aku sebagai ibu tak sanggup nak biar dia tanggung semua tu.. kalau la boleh transfer.. aku lebih rela aku yang kena.. skrang ni cuma sapu ubat.. kadang2 meragam.. mintak2 la cepat baik.. boleh dia ceria seperti dulu..

Sofea tak nak minum susu.. sakit mulut... editdelete
Wednesday, July 23, 2008 4:52:35 PM

Pagi tadi tengok kepala sofea dah ok sikit.. tapi dia sakit mulut pulak.. dalam mulut sofea ada putih2.. dah takde selera nak minum susu.. balik keje nak bawak dia gi klinik.. masa kecik dulu pun sofea pernah kena sekali sakit mulut.. tapi dah baik lepas doktor bagi ubat titik dalam mulut.. kesiannya sofea.. lepas baik satu.. datang lagi satu..

Sofea dah tak sakit mulut.. boleh minum susu... editdelete
Friday, July 25, 2008 12:25:25 PM

Masa sofea sakit mulut.. maybe sbb jangkitan kuman sbb sofea hisap puting.. dah beli ubat jenis sapu dalam mulut.. ubat titis tak bagus sgt untuk baby.. memula tu susah jgk.. dia tau kita nak sapu ubat.. tutup mulut rapat2.. at last dapat jugk bukak mulut dia.. terus cepat2 sapu.. nangis jap.. cepat2 pujuk.. petang sapu malam tu dah ok.. tapi kena selalu tgk kalau2 dia sakit lagi.. then sapu lagi ubat tu..

Sofea dah genap 9 bulan... editdelete
Tuesday, July 29, 2008 10:11:55 AM

Waahh... dah besar anak mama.. gigi sofea dah nak masuk 4 batang.. 2 atas 2 bawah.. sofea pun dah pandai control nafas masa mandi.. melompat2 seronok kalau nampak mama & papa dia balik kejer.. seronok tgk sofea ceria mcm ni.. sawan atas kepala pun dah baik.. alhamdullillah... WE LOVE U SO MUCH.. Smile

Babysofea already 10 months... editdelete
Sunday, August 31, 2008 5:18:28 PM

Dah lama tak update tagged sofea... Sekarang umur sofea dah 10 bulan.. baru lepas upload picture terbaru sofea.. cuti hari merdeka bwk sofea gi shopping dan papanya belanja makan kat hotel.. sofea skrang dah start makan nasi.. suka memanjat dan berdiri.. dah pandai bye bye dan tepuk tangan.. channel tv yang sofea suka.. astro ceria.. suka kacau mama & papa menaip.. rambut sofea pun makin panjang.. dah boleh pakai sepit rambut.. waa.. so cutee... And also not forgeting to those who send me msgs and comments.. Thanks a lot for remember me.. Selamat menyambut hari merdeka.. dan selamat berpuasa.. Laughing

Sofea gi check up.. editdelete
Tuesday, September 09, 2008 3:48:49 PM

Hari ni pagi2 lagi sofea kena bangun dan mandi.. Bawak sofea gi check up.. sambil tunggu turn sempat lagi posing ambik gambar.. boring punya pasal.. berat sofea masih dalam tahap memuaskan.. nasib baik.. kalau tak for sure kena ceramah lagi dgn nurse.. Tongue out Next check up.. bila sofea umur setahun.. masa tu nanti baru sofea kena cucuk..

Sofea is 10 months 2 weeks... editdelete
Saturday, September 13, 2008 12:56:42 PM

Smlam sofea dah pandai turun dari katil... memula sofea dah sampai tepi katil.. tahu pulak dia.. kalau terus nanti jatuh.. so dia pusingkan badan.. turunkan kaki dulu.. pastu agak2 dah capai kaki kat bawah.. terus dia turun... hehehe.. lucu bangat tengok perangai sofea...

Getting 1 year old.. (8 days to go) editdelete
Tuesday, October 21, 2008 1:47:50 PM

29/10/2008 - Sofea genap 1 tahun.. lagi 8 hari.. hmm.. dah besar anak mama.. hehehe.. Sepanjang Sept to Oct.. sofea pernah jatuh walker pada raya ke 5.. pipi dah jadi warna hijau.. 4 days after that jatuh kena bucu katil pulak.. pipi dah jadi warna purple pulak.. skrang ni dah warna kuning.. dah nak baik kot.. then bila sofea senyum.. dah ada lubang mcm lesung pipit pulak kat pipi sofea.. cian anak mama.. last sunday kena demam nak tumbuh gigi yang ke 7 dan 8.. demam nak besar.. sofea dah pandai panggil 'MAMA' & 'PAPA'.. so cute la.. hehehe.. sayang anak mama.. muaahhh...

Happy 1st Birthday Sofea!!! editdelete
Wednesday, October 29, 2008 1:17:45 AM

Syukur kepada Allah.. Alhamdulillah Sofea membesar sihat.. kini sofea sudah umur setahun.. satu pengalaman yang cukup indah for us as a parents.. melihat sofea membesar di depan mata.. banyak pengalaman suka dan duka yang tak mungkin dilupakan.. Majlis harijadi sofea cukup meriah.. mungkin sudah rezeki sofea.. terima kasih kepada semua yang hadir.. specially to those who sponsored the party.. u know who u are.. hehehe.. love u all... Muaahhhh....Smile

Sofea baru pandai berdiri.. editdelete
Tuesday, November 18, 2008 5:20:29 PM
Skrang umur sofea dah 1 tahun 20 hari.. hmm.. baru2 ni dia dah boleh berdiri sendiri.. tapi tak lama.. dalam 10 seconds mcm tu jer.. lepas tu dia duduk balik.. belum ready lagi yer anak mama.. hehehe.. tak pe la.. pelan2.. lama2 nanti berlajar berjalan pulak.. hobi skrang main tangga.. naik tangga.. turun tangga.. risau jugak.. tapi so far.. dia boleh buat.. smlm potong rambut depan.. dah panjang sgt sampai kena mata..

Sofea pergi bercuti editdelete
Tuesday, February 10, 2009 12:15:16 AM

Masa raya cina.. bawak sofea pergi jalan2 di penang.. batu feringgi.. naik feri.. sofea suka sgt.. masa ni pun ada masa untuk pergi bercuti setelah penat bekerja.. masa cuti thaipusam.. pergi kl.. bwak sofea pergi putrajaya.. masa sofea umur 3 bulan.. datang dah putrajaya.. tapi masa tu sofea kecik lagi.. skrang ni sofea pun dah boleh berlari.. lepas dia kat taman.. kita pulak kena kejar dia.. esok tu plan nak pergi genting.. tapi at last tak jadi.. sebab dah lewat.. then.. bawak sofea pergi aquaria KLCC.. tgk ikan.. mcm2 jenis ikan ada.. seronok sgt.. sofea pun takde pulak meragam.. penat dah gi jalan2.. esok nak balik taiping dah.. next week kalau takde apa2.. mungkin kitorang gi genting pulak.. Smile

Sofea 1st trip to Genting... editdelete
Monday, February 23, 2009 8:44:33 PM

14 Feb 09 - Hari valentine.. petang gi kl.. sampai pun dah nak senja.. malam takde watpe.. layan tggd jap.. kena tidur awal sbb esok pagi2 dah nak bertolak..

15 Feb 09 - Pagi tu dah bertolak gi genting.. sampai kat skyway.. kena beratur panjang.. ramai jgk orang.. maybe hari minggu.. beli tiket indoor & outdoor.. nasib baik cuaca pun ok.. takde hujan walaupun petang tu dah mcm mendung2.. sofea duduk dalam stroller.. lama jgk la pusing2 kat genting.. sofea pun sampai mengantuk terlentok2 atas bahu papa masa beratur nak naik keta pusing2 tasik tu.. dah puas kat outdoor baru gi indoor.. tapi tak lama kat situ.. dalam pukul 6 ptg turun bawah kat skyway.. penat jgk bawak baby gi genting.. jauh beza masa takde anak dulu.. tapi apa2 pun.. its a great trip for us.. lepas ni.. maybe nak gi langkawi pulak kot.. hehehe.. tak tau lagi bila.. ada rezeki nanti.. Insyaallah.. Wink

Pergi KL lagi... editdelete
Saturday, March 07, 2009 11:02:07 AM

Hari ni kami akan pergi KL lagi.. ada kenduri kawin.. pic nanti aku upload.. smlm tidur lambat. Kena packing barang.. hari ni aku abis keje hubby ambik terus gi jer.. takde singgah umah dah.. malas la.. penat2 balik keje baru nak packing barang pulak.. letihhh... sofea skrang ni pun dah mula belajar cakap2.. seronok aku mengajar dia bercakap.. dia pun ikut jer apa yang aku ajar.. skrang aku dalam proses mengajar dia gigi.. rambut.. hidung.. telinga.. mata.. perut.. tangan.. kaki.. dia paling suka tolong aku sidai kain.. dan lipat kain.. habis hanger bersepah2.. hehehe.. sayang sofea.. Kiss

Sepanjang di KL editdelete
Monday, March 09, 2009 11:40:13 PM
Sampai hari sabtu (07.03.09) pukul 4.30pm.. Mlm tu buat birthday 'bonda'.. meriah jgk.. gi shah alam ambik sedara.. sofea tidur dalam keta.. penat kot.. Hari ahad (08.03.09) tghari bersiap pergi kenduri di seksyen U1, Shah Alam.. balik pun dah petang.. malam pergi umah kak chik kat Jalan Ipoh.. ada buat makan2.. balik pukul 11 mlm.. hari Isnin (09.03.09) pagi sampai ptg duduk umah jer.. sofea bgn tidur pukul 2pm.. letih agaknya.. puas la dia tidur.. petang pergi IOI Mall main bowling.. sofea sambung tidur lagi.. so sofea kena tinggal dgn opah kat umah.. huhuhu.. shopping beli barang sofea.. balik pukul 10 pm.. Esok dah nak balik Taiping.. tak sure lagi pukul berapa nak bertolak.. harap2 cuaca ok..

Habit sofea... Hobi sofea... editdelete
Monday, March 16, 2009 9:47:57 AM

Habit Sofea suka bila hisap puting.. dia mesti nak angkat pemegang puting tu ke atas.. biar kena hidung.. memula tu aku risau jgk.. takut dia tak boleh bernafas.. tapi bila aku turunkan.. dia mesti tolak ke atas balik.. kalau masa tidur pun camtu jgk.. bila tangkap gambar tu.. ada jgk pic yang mcm tu.. pelik betul la.. Hobi sofea pulak aku tgk dia suka main masak2.. kalau bgi sudu & mangkuk.. dia suka sgt.. maybe masa aku pregnant dulu aku suka tgk rancangan masak kot.. my favourite channel AFC.. kalau sehari suntuk tgk citer masak pun takpe.. Smile



Sofea demam terkejut? editdelete
Monday, March 30, 2009 9:03:44 AM
29.03.2009 - Pagi2 bangun tidur.. dah rasa badan sofea panas semacam.. nasib baik dia tak meragam sgt.. aku biarkan dia tidur.. last2 pukul 11.30 pagi baru dia terjaga.. bagi dia mandi.. sbb mak aku kata ok jer kalau bagi dia mandi.. kurangkan panas badan dia.. lagipun dah tghari.. sepanjang hari dia takde la merengek2.. cuma dia nak baring jer.. petang tu aku bagi dia makan ubat demam.. then dia main2 kat luar rumah.. cergas dah sikit.. ingatkan dah ok.. mlm dia demam balik.. agaknya demam nak besar kot.. ke sbb dia terkejut black out smlm..???

Sofea dah ok.. tak demam.. editdelete
Tuesday, March 31, 2009 10:40:49 AM

30.03.2009 - Smlam antar sofea umah opah dia.. time keje pun teringat kat sofea.. rasa macam nak balik je.. tapi keje byk tak settle lagi.. lagipun hari isnin mmg sibuk.. balik keje hubby dtg ambik.. aku tengok sofea dah sihat.. hubby kata opah dia dah jampi2 sikit.. hehehe.. whatever la.. Wink

To sue & ilah.. so sorry.. smlm tak sempat nak on9 ym..

My LittLe PriNCeSs.. editdelete
Friday, April 17, 2009 1:01:14 PM
16.04.2009, Thursday - Sofea akhirnya bersunat jgk.. MIL aku yang bwk balik buat kat kg.. Mmg dah MIL niat mcm tu.. aku terpaksa keje.. tak boleh nak cuti.. sbb byk keje.. hubby pun paham.. dia yang byk tolong cover aku bila aku tiada di sisi sofea.. sedih gak tak dapat bersama dgn sofea.. kat opis pun teringat jer.. Hubby aku kata sofea nangis jgk.. tapi sekejap jer.. dipujuk2.. ok dah.. Smile alhamdullilah semua dah berakhir dgn selamat..

Sofea kena suntikan 1 1/2 tahun... editdelete
Tuesday, April 21, 2009 2:35:21 PM

21.04.2009 - Hari ni MIL bwk sofea gi cucuk.. mesti dia nangis lagi.. dah la minggu lepas demam lepas kena sunat.. minggu ni kena cucuk pulak.. harap2 dia ok.. mungkin demam lagi.. tapi itu biasa.. nak terima antibodi baru dalam badan.. cuma aku kena la byk sabar melayan kerenah dia.. baby tak sedap badan mmg mcm tu.. serba tak kena.. it's ok.. anak mama punya pasal.. layannnzz... Wink

Sofea gi Sunway Piramid.. editdelete
Monday, June 01, 2009 11:18:23 PM
31.05.2009 - Hari ni bonda sofea buat jamuan harijadi kak nyah.. sofea mcm nak demam.. risau gak aku.. terus bagi mandi lama2 sikit.. buang panas badan dia.. then dia ok.. terus bgi tidur.. petang bwk sofea gi sunway piramid.. jumpa dgn abg NABIL lak.. hehehe.. sofea suka sgt.. bab jalan2 ni terus sihat.. adduhh... ikut perangai sape ni...?? Tongue out



Monday, July 26, 2010

Hello my friend...



Uik??? pic yg last nie macam pernah ku lihat.. tapi di mana yaa????

Sunday, July 18, 2010

Sofea dapat mainan baru lagi..

Murah.. murah.. 3 barang 10 hinggit..

Pagi nie sofea bangun tido kul 10:30.. terus siapkan sofea bawak dia keluar gi breakfast makan nasi & sup ayam.. supaya dia kenyang sampai ke petang.. mama malas nak masak la sayang.. hari ni mama nak rest je.. bleh tak??

On the way nak balik tu.. sofea nangis2 dalam keta ajak gi giant plak.. dah janji dengan sofea pun.. mama & papa bawak jugak la.. sampai sana ada expo belia apa ntah.. buat pun tengah2 bulan.. nak shopping camne.. tak kena masa betul la diorang nie.. tapi mama belikan barang mainan untuk sofea.. pastu masuk dalam giant.. temankan sofea main2 kat tempat permainan tu.. sofea nampak seronok sangat.. nak balik tu.. mcm biasa la.. kena tax (beli aiskrim cornetto)

Sampai rumah.. sofea main sorang2 sebab mama tido.. mama ajak sofea tido.. tapi sofea nak main.. petang tu sepupu sofea datang rumah.. sofea main puas2 dengan diorang sementara mama bz memasak kat dapur..

Malam lepas mandi sofea terus nak tido.. mengantuk sangat la tu.. siang tak tido.. mama ambik peluang update blog nie.. kang lewat2 mama pun malas dah.. hehehe...

Saturday, July 17, 2010

Video sofea kecik2 dulu..


Masa ni kul 3 pagi.. mama & papa tak bleh tido.. last2 main dengan sofea..


Sofea suka main dengan mainan gantung2 tu.. untie sue hadiahkan tuk sofea masa sofea baru lahir..


Masa ni sofea baru belajar turun katil.. so cute.. hehehehe


Semua orang dah tido.. tapi sofea leh layan tengok tv sorang2.. huhuhu...


Masa kecik2 dulu sofea suka tendang2.. kaki tangan tak boleh diam..


Sofea.. bleh tak tengok camera??

Waktu birthday party..

Nampak tak sofea?? tak nak pandang camera langsung.. eeiii.. geram betul la.. aku panggil2 dia buat ded je.. lagi pandang tempat lain.. saja je dia buat mcm tu.. aku pun hilang mood dah nak tangkap gambar dia.. sabar2..

Actually ni harijadi sepupu sofea.. dah masuk umur 8 tahun.. padahal masa aku kenal en. mie.. adik dia belum kawen pun lagi.. skrang ni anak yang sulong pun dah umur 8 tahun.. jauh beza dengan umur sofea yang baru nak masuk 3 tahun.. eh?? lari topik la plak..

Sofea bila bertudung..

Pic sofea bertudung

Macam2 gaya aku try dapatkan gambar sofea bila dia pakai tudung.. memang cute sangat.. nampak lain sangat muka dia bila pakai tudung.. tapi memang payah la dia nak bagi kerjasama.. nasib2 je..

En. Mie : Ni kalau opah tengok ni.. mesti opah suka..
Aku : Terdiam ( sambil senyum2 kambing.. )

Sofea buat lawak la plak..

Smlm kat tv3 ada citer King Kong..

Aku pun layan la dia tengok citer tu.. walaupun dah banyak kali ulang.. tapi bila time heroin tu kena kejar dengan dinasour memang best.. rasa macam real plak.. hehehehe.. so tengah2 layan citer tu tetiba ada iklan plak..

Sofea : uik.. abis??
Aku : Jap la.. ni iklan nie.. nanti sambung balik
Sofea : Mama.. nak Kangkung..
Aku : hehehhe... bukan Kangkung la sofea.. ni King Kong..
Sofea : Haa? Mama.. nak King Kong..
Aku : Ye la tu.. ( Kangkung.. King Kong.. kangkung.. kingkong.. hmm.. confius dah sofea nie..)